Here are the information provided by Slaughtering House’s.
Halal Executive and the Muslim Slaughter-men with diagram to explain the Halal process and its integrity to maintain the Halal standard and producing Halal Chicken for the Consumers.
PENYEMBELIHAN HALAL
Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya untuk di makan. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Penbm, gertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam. Namun di Malaysia pihak JAKIM/ JAIN/ JAWI menetapkan penyembelihan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam. Penyembelih juga mestilah terdiri daripada individu islam dan warganegara Malaysia serta memiliki sijil kelayakan yang disahkan oleh JAIN.
Alat Penyembelihan:
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya. Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.
Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.
Di dalam Mazhab Syafi’e hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat mari’ sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.
Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARI’ (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.
Keratan rentas leher binatang sembelihan. kelihatan jelas 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. kawasan yang berwarna ‘pink’ pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.